Friday, February 13, 2015

Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian Pendidikan Khas UKM



Assalamulaikum...

Special post today ialah mengenai  Ijazah sarjanamuda pendidikan dengan kepujian ( pendidikan khas. So apa yang akan korang belajar bila ambil kursus ni di UKM  dan apakah peluang pekerjaannya ...mindset mesti kata cikgu but its beyond than that ...


Ok kalau dalam  ijazah  korang akan dapat ijazah  sarjanamuda pendidikan khas. Merupakan kursus empat tahun sepenuh masa di UKM. So apakah kelayakan untuk mengikuti kursus. Permohonan kursus ini mesti dilakukan di UPU sebelum pengambilan sesi baharu IPTA. Lazimnya bulan 9 la kalau ikut trend yang diikuti sekarang. Ingat lagi mula 2011. Waktu tu heaven giler kami sebab nak naik sesi 2010 ke 2011 tu bila pindahan cuti jadi empat bulan. Selalu dua bulan je  dan ambilan kami ialah enrolmen terakhir la untuk kemasukan Julai sebelum ikut jadual semester di luar negara.

Ok kelayakan ialah diploma, STPM dan matrikulasi. Kalau dulu masa time kami result biasa pun boleh dapat kursus ini tapi entahlah naik junior tahun 2013 rasa result semua yang gempak tak adanya nak jumpa pointer below 3 bila tanya junior.Tapi I tak kisah lah pun sebab sebab result i pun cemerlang masa STPM so nothing big deal. Bagus juga bila mereka ketatkan pengambilan. haha dah merepek keluar cerita lain.. lagi satu kelayakan MUET la band 2 1 pun lepas. sudah tentu calon yang minta kursus ini ada ujian MEDSI dan temuduga. Jadi mesti lepas MEDSI dulu baru boleh   pergi temuduga. 

MEDSI ujian objektif yang boleh mengesan bentuk sahsiah dan personaliti berdasarkan  jawapan yang dipilih. So misal kata soalan tanya pernahkah anda menipu.  Takkan kau nak jawab tidak. Nampak sangat lah ang tu memang penipu ..hehe...Soalan memang tricky la sebab saling berkaitan dengan bahagian depan dah belakang .Jadi please faham apa yang dia tanya. kejujuran tu penting selain konsisten semasa menjawab. 

Ok bila dah masuk kursus ini apa yang korang belajar.Of course la bidang pendidikan khas. Pada tahun pertama pelajar selalu didedahkan dulu mengenai ciri-ciri perkembangan kanak-kanak dulu dan konsep asas dalam bidang-bidang pendidikan khas termasuklah kategori ketidakupayaan iaitu masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. So tahun pertama ni more kepada awareness dan mahu bina minat pelajar lah  sebab most yang masuk bidang ni memang tak ada pengalaman, pengetahuan kesedaran mengenai ketidakupayaan or special needs. 

Masuk tahun kedua pelajar akan mula pilih pengkhususan dan memahami pengkhususan yang dipilih dengan lebih mendalam,  tugasan termasuklah berbentuk amali, pembentangan. Masuk tahun ketiga korang akan mula mengajar ini sebagai latihan awal sebelum  pergi masuk sekolah untuk praktikal tapi kami panggil praktikum. sudah tentu latihan ilmiah pun ada. Iaitu kita belajar macam  mana nak menulis akademik kajian. Ala-ala mini tesis gitu.

Lain-lain tu ada kursus yang wajib fakulti yang ni semua budak pendidikan fakulti pendidikan UKM wajib  pergi kuliah besar. Selalu kuliah besar akan sama-sama la lepas tu berpecah masa tutorial ikut jadual tutorial mana yang kita daftar. Kursus-kursus wajib fakulti termasuklah profession perguruan, asas penyelidikan, kemahiran berfikir, komputer dalam pendidikan dan lain-lain..Bestlah gak sebab time tu la budak kursus-kursus pendidikan sukan dan rekreasi, pendidikan khas, matematik dan sains akan berkumpul. While TESEL pula  akan kuliah diorang sendiri ja sebab depa memang kena fully English. But lah ni kursus pendidikan yang tinggal di  Fakulti UKM  untuk undergrade just  pend khas, sukan dan TESEL sahaja. Kursus sebelum ni macam pendidikan Islam ,  Bahasa Arab dan Al-Quran semua dah di UPSI, IPG. Even matematik dan sains pun tak ada lagi .. But dont worry kalau master pendidikan banyak semua ada dont worry..



Lepas tu tak lupa juga kursus universiti dan sudah tentu kokurikulum. Ada lima kompenen 160 unit sepanjang empat tahun.Ok nanti i share lagi apa yang best apa yang i belajar during 4 year di UKM ni ..Ya Allah cepatnya masa dah habis dah empat tahun dan isnin ni 16.2.2015 akan mula lapor diri di JPM as pembantu intervensi bagi jawatan pegawai pekhidmatan pendidikan gred DG41 di PERMATA Kurnia. Ahamdulillah dipinang awal oleh SPP berbanding masuk sekolah kawan-kawan belum pergi interview lagi walaupun dah middle Feb ni ..Insyallah korang punya time will coming soon .. I pray the best.


XO ...XO The redrose note book






Ok satu post satu gambar






Mak Jemah Ranger ...3 orang dah jadi isteri.. satu dah ibu,jadi isteri..seorang bakal ibu ..seorang dah diikat 2 lagi single mingle haha