Sunday, April 24, 2016

RA @ Pembantu Penyelidik

Asssalamualaikum,

Nak kongsi pengalaman tujuh bulan sebagai pembantu penyelidik Julai2014- Feb2015.

Ini based pengalaman
Gaji/ Upah

Ada dua jenis- yang based claim tugas-tugas yang ada buat. Claim terus kepada bawah duit geran projek apa yang kita pegang. Selalu pensyarah ada banyak geran penyelidikan tapi mereka tak ada cash. Jadi kita akan dapat bayaran terus masuk dalam akaun berdasarkan tuntutan kerja.
P/S : Kadang-kadang claim maksimum berapa yang pensyarah nak bayar kita sebulan

Bayaran kedua pula yang ada kontrak . Selalunya dikenali sebagai GRA iaitu pembantu penyelidik yang turut belajar sama ada tengah buat master or PhD. Mereka ada dapat bayaran untuk projek yang mereka bantu sehingga tamat tempoh projek atau kontrak

Tugas

Sepatutnya fokus pada projek penyelidikan pensyarah tula ..ikut la geran apa kita buat tapi tahula pensyarah akan minta kita tolong macam-macam juga. Jadi layankan aja sebab serius beritahu.. benda yang dia suruh tula semua benda baru yang kita belajar. tak kan dapat masa waktu sibuk kuliah dulu.. so selalunya RA ini sebenarnya merangkap PA. Apa-apa hal kadang semua orang cari RA pensyarah dulu.

Untuk jadi RA ini memang kena suka research  walaupun tak suka, Sebab kita akan terlibat dengan pengumpulan data, buat tinjaun literatur, buat laporan. semua ini perlu pemikiran higher order thinking skills. Penat giler kot

Penat ?? Penat tapi enjoy je sebab sepanjang tempoh tujuh bulan . Rasanya tiga kali dapat naik flight p ikut kumpul data padahal bantu sikit-sikit ja .. (kerja sambil berjalan dan makan-makan dapat upah lain juga)
 XOXO