Hi semua, entry pengalaman buat paspport kali pertama
Selalu kalau prosedur biasa untuk kali pertama membuat passport mudah je tapi bukan untuk orang IC nombor 13 di semenanjung. sobs sobs
Prosedur untuk kali pertama
1. Ambil nombor giliran dan beritahu kali pertama buat paspport
2. Bawa ic dan salinan kad pengenalan
3. Tunggu nombor giliran ke kaunter untuk urusan buat
4. Bayar RM 200 untuk 5 tahun
5. Tunggu serahan passport ( dalam 1 jam tapi dalam 30 minit dah siap)
**Kes mereka yang IC nombor 13 rasa ini termasuk juga yang lahir di sabah(tak ingat nombor IC Sabah). Jadi siapa yang buat paspport di semenanjung Malaysia kena bawa surat beranak asal sekali berserta salinan. Kan sabah urusan imigresen bawah kerajaan negeri.Ini yang pening bila tak selaras**
Apa yang berlaku masa buat passport hari tu mereka minta surat beranak IC nombor 13. Apa entah nak tengok. Alasan nak tengok status menetap parents dan IC MEREKA
Pening dah sampai awal pagi nak balik semula...Huak huak, pegawai kaunter cadang pergi ke JPN tingkat atas, minta cabutan sijil lahir.Okay lega, tak payah balik.
Masa tu buat paspport di Jabatan Imigresen UTC Sentul. Adei bila sampai JPN, diorang kata JPN sini tak boleh keluarkan salinan surat beranak. Sila pergi ke Jalan Duta untuk yang lahir di Sarawak. T_T
Fikir punya fikir, okay balik rumah, nasib dekat ja belum sampai giliran nombor bila sampai UTC semula. Tapi sakit kepala bila naik teksi. Kereta tak bawa sebab konon takut tak sempat nak pusing cari parking yang memang tak banyak.Habis duit kat tambang ja.T_T
Bila buat paspport ni menunggu nak ke kaunter yang lama sebab ramai orang. Jabatan imigresen efisen. Cepat ja urusan. 8.10pagi tiba di UTC, sampai rumah semula 1.30 petang. Okay la kan.
Moga bermanfaat.
XOXO
My red book |