Sunday, December 11, 2016

Orang sarawak buat passport di semenanjung

Assalamualaikum

Hi semua, entry pengalaman buat paspport kali pertama

Selalu kalau prosedur biasa untuk kali pertama membuat passport mudah je tapi bukan untuk orang IC nombor 13 di semenanjung. sobs sobs

Prosedur untuk kali pertama
1. Ambil nombor giliran dan beritahu kali pertama buat paspport
2. Bawa ic dan salinan kad pengenalan
3. Tunggu nombor giliran ke kaunter untuk urusan buat
4. Bayar RM 200 untuk 5 tahun
5. Tunggu serahan passport ( dalam 1 jam tapi dalam 30 minit dah siap)




**Kes mereka yang IC nombor  13 rasa ini termasuk juga  yang lahir di sabah(tak ingat nombor IC Sabah). Jadi  siapa yang buat paspport di semenanjung Malaysia kena  bawa surat beranak asal sekali berserta salinan. Kan sabah urusan imigresen bawah kerajaan negeri.Ini yang pening bila tak selaras**

Apa yang berlaku masa buat passport hari tu mereka minta surat beranak IC nombor 13. Apa entah nak tengok. Alasan nak tengok status menetap parents dan IC MEREKA

Pening dah sampai awal pagi nak balik semula...Huak huak, pegawai kaunter cadang pergi ke JPN tingkat atas, minta cabutan sijil lahir.Okay lega, tak payah balik.
Masa tu buat paspport di Jabatan Imigresen UTC Sentul. Adei bila sampai JPN, diorang kata JPN sini tak boleh keluarkan salinan surat beranak. Sila pergi ke Jalan Duta untuk yang lahir di Sarawak. T_T

Fikir punya fikir, okay balik rumah, nasib dekat ja belum sampai giliran nombor bila sampai UTC semula. Tapi sakit kepala bila naik teksi. Kereta tak bawa sebab konon takut tak sempat nak pusing cari parking yang memang tak banyak.Habis duit kat tambang ja.T_T

Bila buat paspport ni menunggu nak ke kaunter yang lama sebab ramai orang. Jabatan imigresen efisen. Cepat ja urusan. 8.10pagi  tiba di UTC, sampai rumah semula 1.30 petang. Okay la kan. 

Moga bermanfaat.

XOXO
My red book

8 comments:

  1. X kene tunggu 5 hari ke nk dpt passport?

    ReplyDelete
  2. X kene tunggu 5 hari ke nk dpt passport?

    ReplyDelete
  3. Betul ...hari tu dah boleh dapat terus tapi masih kena menunggu

    ReplyDelete
  4. Boleh buat passport di UTC? Saya baru kena tolak utk permohonan di Jabatan Imigresen Sentul. Pegawai kata saya cuma boleh buat di hq. Betul ke?

    ReplyDelete
  5. Boleh buat passport di UTC? Saya baru kena tolak utk permohonan di Jabatan Imigresen Sentul. Pegawai kata saya cuma boleh buat di hq. Betul ke?

    ReplyDelete
  6. Boleh buat passport di UTC? Saya baru kena tolak utk permohonan di Jabatan Imigresen Sentul. Pegawai kata saya cuma boleh buat di hq. Betul ke?

    ReplyDelete
  7. Saya buat Kat kelana Jaya Tak boleh..diorng buat layan Tak layan aje..hempeh kadang pegawai imigresen ni...Kita ni satu Malaysia susah kan orng...anak Saya pun lahir orng Kat semenanjung make Tak boleh buat tuk anak kena bawa bapa juga...tapi laman web kata lain...ibu atau bapa boleh buat...ni dah mcm mengnyinaya orng..

    ReplyDelete
  8. klau org srawak buat dkt smnjung cm mne prosdure dia..

    ReplyDelete