Sunday, January 21, 2018

Medan Trip 2017 Part 2



..... sambungan berjela part 1 hanya cover Day 1.

Selesai sarapan di hotel kami terus ke Bukit Cinta, Jeng jeng jeng sebenarnya kami ke Bukit Simarjarunjung. Nama penuh Bukit Indah Simarjarunjung. 2 jam perjalanan mendaki Bukit  melalui Danau Toba di sepanjang jalan. Serius cantiknya ciptaan Allah.  Bila di feri nak ke Pulau Samosir tak nampak cantik sangat compare daripada atas bukit. Kami siap berhenti lagi ambil gambar dari atas.

Ini gerai lereng bukit mengadap danau toba. Ada berpuluh gerai


Sampai di Bukit Simarjarunjung apa lagi mula kami sibuk ambil gambar. Bukit Simarjarunjung masih di Danau Toba lagi. Bukit Indah  terkenal dengan pohon yang ada prop untuk bergambar. Ada pokok cinta. Mana la gambar malas nak cari. Bila dah turun bukit pun masih ada lagi sepanjang perjalanan. Bukit ini memang perhentian pelancong dari pulau Samosir nak ke Berastagi lepas tu balik ke medan. Bukit ini sejuk( dah pun tinggi). Pakai la baju tebal sikit. Lepas sakan bergambar kami menjamu selera dgn teh halia dengan pisang goreng. Teh ni rasa sup. standard sup yang penuh rempah ratus. Ada yg tahan but  im  giving  you early warning.
Add caption
Berani ke cuba ...sedap

 
 

Lepas di Bukit Simarjarunjung kami terus bergerak ke Air terjun paling tinggi dan  terkenal. Air terjun Sipiso-piso. Air terjun ni berhadapan dengan penghujung danau toba. Di penghujung danau toba tiada kapal atau pesawat berani lalu. Graviti kuat kata Pak Bidai. Kes helikopter terhempas berlaku sini. Wallahu a’lam.

Sebelum tengah hari kami pun beredar dari Danau Toba menuju berastagi. Kami singgah di pasar buah. Saya cuci mata since tak ada nak beli . Pisang kaki banyak betul kat sini. Paling best dapat naik kuda padi sebab  Malaysia tak ada. Asalnya tak nak tapi nabila nak sangat naik. Peniaga habis berkerumun. Naik la sebab dekat Malaysia mahal tau naik kuda. Pusing la pasar tu dalam 1 km.


Kuda padi yang ditunggang betina jadi jangan risau. Jinak dan sopan santun.  Sebelum balik ke hotel untuk solat kami sempat ke bukit Gundaling. Bukit yang terletak di Berastagi berada di antara dua gunung berapi aktif yang terkenal Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Kalau anda ambil gambar  latar belakang tak nampak. Selalu sebab kabus. Masa kami berjalan naik  ramai peniaga yang buat AI (adobe ilustrator) kejar anda nak buat gambar konon latar belakang Sinabung.
Masih aktif keluarkan asap
.
Sebab gerak  awal pagi kami  dah habiskan banyak tempat. Asar di hotel terus rehat sebelum keluar makan malam. Bad news for me. Nabila dan Saleha nak juga  panjat gunung. Matila dengan kaki prolong injured tak baik. Malam tido memang tak lena memikirkan boleh ke tak naik gunung esok pagi. Nasib dah bawa ankle and knee support..to be continuee

XOXO.... The Red Rose Notebook


Medan Trip 2017 Part 1



Assalamualaikum, Our trip to actually to  Bali  we rescheduled to Medan. Dah lama nak cuti ke Bali tapi disebabkan letusan gunung Agung dan masa tu memang amaran paling tinggi. Jadi pada 17-20 Disember 2017 terbang la kami ke Medan selepas penat meneroka trip  budjet dalam website, instagram dan facebook di Indonesia.

Kami ambil orang tengah dekat facebook . Dia yang uruskan untuk book dgn orang di indonesia. Total RM500 dengan RM50 deposit selebihnya semasa di Indonesia. All ground arrangement include except flight flight. (hotel, trasportation, makan, fee naik feri etc) .https://www.facebook.com/aziman.omar

This our itineraty (banyak kami dapat adjust) sebab pak supir baik. Siap daki ke Gunung Sibayak lagi (tapi kena top up lagi RM50). Tiket agak mahal sebab tinggal 2 minggu sebelum kami rescheduled. Tak lebih 450 la campur insurans, luggage, tax etc. Kami punya trip dapat jimat banyak masa since flight kami lepas subuh.

DAY 1 : 17 Disember 2017


Sampai ke airport Kuala Namu jam 7 pagi waktu tempatan. Selesai ambil lugagge dan imigresen keluar je dah ditunggu oleh Pak Rizal. Kami terus dibawa sarapan ke kedai makan ayam penyet Cindelaras. Sepanjang trip banyak jumpa kedai makan ayam penyet ni. It is about about 15 minute drive from airport. Apa lagi order la jus alpukat. My favourite all the time tapi dekat Malaysia giler mahal. Sarapan ni makan bayar sendiri. 

Selepas makan kami terus bergerak ke Danau Toba. Perjalanan kami hampir 6 jam. Pak Bidai singgah juga di kedai Paten. Kedai Paten jual bermacam jenis kueh dan makanan untuk buah tangan.  Mahal la juga. Selalu convert dengan currency supaya shopping anda berbaloi. Sepanjang perjalanan Pak Bidai bercerita tentang masyarakat di sini. Sebelah Sumatera Utara ni rupanya rakyatnya ramai terdiri daripada kaum batak dengan 5 suku (Toba, Karo, Pakpak, Simalungun, Angkola, dan Mandailing). Jadi sepanjang ke Danau Toba taulah kami majoriti mereka sekarang beragama Kristian. Minoriti sahaja Islam. Kami lihat banyak gereja berbanding masjid. Siap ada papan tanda church lagi sepanjang jalan ke Danau Toba. Kami tiba di Danau Toba sekitar 4 pm. Oleh sebab banyak masa lagi kami terus ke Pulau Samosir. Pulau terbesar di tengah tasik Danau Toba.
Sedapnya nasi ayam penyet dengan jus alpukat
Kedai cenderamata PATEN
Danau Toba atau tasik Toba ialah tasik semula jadi terbesar di indonesia terbentuk secara disebabkan letusan gunung berapi berjuta tahun dahulu. Saya baca di fakta ..Letupan paling besar sekali di dunia sebab bahannya mineral boleh jumpa sehingga di kutub utara. Sebab tu tasiknya seluas mata memandang. Serius kami semua jakun bila baru kereta baru naik  ke  lereng bukit nak ke Danau Toba. Belum lagi sampai. Cantik sangat. 
Sepanjang jalan nak ke Bukit Simarajunjung



Ferry moment. A delighted smile  of us


Nak ke Pulau samosir kami naik feri. Pulau Samosir ini hampir saiznya dengan Singapura tau. Sangat besar. Sebelum feri bergerak dari jeti ada banyak  penjaja yang jual mee segera, kacang rebus. telur atas feri. Jika tidak mahu beli tolak dengan baik. Sampai di Pulau Samosir ada banyak kedai jual kraftangan dan cenderamata. Kalau nak beli keychain di situ lebih murah berbanding di Medan. Kena pandai pilih ye. Mereka memang akan kejar anda habis-habis.

Di Pulau Samosir pertama kami ke istana dan bergambar dengan patung Si Gale-Gale di depan istana. Patung Si Gale-Gale ialah putera raja yang terbunuh semasa perang. Patung diukir bagi mengembirakan raja yang berduka kerana kematian anakanda kesayangan. Seterusnya Pak Bidai bawa kami ke makam Sidabuntar. Sidabuntar raja kaum Batak di situ. Banyak yang dicerita Pak Bidai pasal sejarah. Makam ini bukan di dalam tanah tetapi di atas tanah. Lagi yang menarik seni  kaum Batak banyak menggunakan lambang cicak. Maksudnya orang Batak perlu pandai adaptasi. Payu dara pula maksud ke mana mereka pergi perlu ingat pada ibu, isteri dan tanah air. Selain itu bermaksud subur. Orang Batak percaya anak yang banyak mendatangkan rezeki.

Hampir sejam di Pulau Samosir, kami pun balik ke jeti untuk balik ke tanah besar. Sampai ja terus makan malam di restauran orang muslim di situ. Baru la ke hotel di Parapat. Esok ke Bukit Simarajunjung- Air Terjun Sipiso-piso-Berastagi.


Sigale-gale.Kena pakai selendang bila nak bergambar

Nak bergerak ke si Gale-Gale





Makam Sidabuntar




XOXO.... The Red Rose Notebook