Sunday, January 9, 2022

Rawatan Treatment Laser Muka Part 1

 

Tahun 2020-2021, I invested sum money untuk buat rawatan muka.

After so many years of skincare regime especially brightening but still tak berjaya untuk lighten hyperpigmentation, tak ada kesan pada freckles atau dark spot. I give up T.T. 

Makin lama makin banyak especially dekat pipi.  Padahal compare zaman study duk asyik berpanas training. Zaman kerja  lagi mencanak naik. Actually we inherited genetic from mak side. Kulit cerah jadi cepat betul naik. Zaman sekolah  lagi dah ada. My younger sister pun macam tu jugak walaupun she only at her early 20s. Make it worst  just only tahun 2018, mula ada kesedaran apply sunscreen every day konsisten kalau tak just harap SPF dalam skin care. Itu pun dah too late dah macam polka dot pipi ni.

Back to the main story, I sign up for treatment di One Doc last September of 2020. My series of treatments is actually only for 5 sessions. Then but I decide to add another 5 totally cost of RM 6600 (the prices depend on the promotion and packages). Why because if a hyperpigmentation problem susah nak hilang only after 2- 3 session of laser.

Mahal, yes quite expensive compare other clinics or centre but the treatment  not only laser. They do all steps: cuci, scrub, extraction, laser, hydration dan nano light treatment. Nanti I share details of the process.


Kindly visit ; https://www.onedoc.com.my/


                                                      Lokasi : Plaza Arkadia, Kepong 


Include : 50 mask. Pakai mask hydration penting sebab muka kita akan ada down effect lepas treatment. Hydration akan bantu pemulihan lebih cepat.

Sunday, January 21, 2018

Medan Trip 2017 Part 2



..... sambungan berjela part 1 hanya cover Day 1.

Selesai sarapan di hotel kami terus ke Bukit Cinta, Jeng jeng jeng sebenarnya kami ke Bukit Simarjarunjung. Nama penuh Bukit Indah Simarjarunjung. 2 jam perjalanan mendaki Bukit  melalui Danau Toba di sepanjang jalan. Serius cantiknya ciptaan Allah.  Bila di feri nak ke Pulau Samosir tak nampak cantik sangat compare daripada atas bukit. Kami siap berhenti lagi ambil gambar dari atas.

Ini gerai lereng bukit mengadap danau toba. Ada berpuluh gerai


Sampai di Bukit Simarjarunjung apa lagi mula kami sibuk ambil gambar. Bukit Simarjarunjung masih di Danau Toba lagi. Bukit Indah  terkenal dengan pohon yang ada prop untuk bergambar. Ada pokok cinta. Mana la gambar malas nak cari. Bila dah turun bukit pun masih ada lagi sepanjang perjalanan. Bukit ini memang perhentian pelancong dari pulau Samosir nak ke Berastagi lepas tu balik ke medan. Bukit ini sejuk( dah pun tinggi). Pakai la baju tebal sikit. Lepas sakan bergambar kami menjamu selera dgn teh halia dengan pisang goreng. Teh ni rasa sup. standard sup yang penuh rempah ratus. Ada yg tahan but  im  giving  you early warning.
Add caption
Berani ke cuba ...sedap

 
 

Lepas di Bukit Simarjarunjung kami terus bergerak ke Air terjun paling tinggi dan  terkenal. Air terjun Sipiso-piso. Air terjun ni berhadapan dengan penghujung danau toba. Di penghujung danau toba tiada kapal atau pesawat berani lalu. Graviti kuat kata Pak Bidai. Kes helikopter terhempas berlaku sini. Wallahu a’lam.

Sebelum tengah hari kami pun beredar dari Danau Toba menuju berastagi. Kami singgah di pasar buah. Saya cuci mata since tak ada nak beli . Pisang kaki banyak betul kat sini. Paling best dapat naik kuda padi sebab  Malaysia tak ada. Asalnya tak nak tapi nabila nak sangat naik. Peniaga habis berkerumun. Naik la sebab dekat Malaysia mahal tau naik kuda. Pusing la pasar tu dalam 1 km.


Kuda padi yang ditunggang betina jadi jangan risau. Jinak dan sopan santun.  Sebelum balik ke hotel untuk solat kami sempat ke bukit Gundaling. Bukit yang terletak di Berastagi berada di antara dua gunung berapi aktif yang terkenal Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Kalau anda ambil gambar  latar belakang tak nampak. Selalu sebab kabus. Masa kami berjalan naik  ramai peniaga yang buat AI (adobe ilustrator) kejar anda nak buat gambar konon latar belakang Sinabung.
Masih aktif keluarkan asap
.
Sebab gerak  awal pagi kami  dah habiskan banyak tempat. Asar di hotel terus rehat sebelum keluar makan malam. Bad news for me. Nabila dan Saleha nak juga  panjat gunung. Matila dengan kaki prolong injured tak baik. Malam tido memang tak lena memikirkan boleh ke tak naik gunung esok pagi. Nasib dah bawa ankle and knee support..to be continuee

XOXO.... The Red Rose Notebook


Medan Trip 2017 Part 1



Assalamualaikum, Our trip to actually to  Bali  we rescheduled to Medan. Dah lama nak cuti ke Bali tapi disebabkan letusan gunung Agung dan masa tu memang amaran paling tinggi. Jadi pada 17-20 Disember 2017 terbang la kami ke Medan selepas penat meneroka trip  budjet dalam website, instagram dan facebook di Indonesia.

Kami ambil orang tengah dekat facebook . Dia yang uruskan untuk book dgn orang di indonesia. Total RM500 dengan RM50 deposit selebihnya semasa di Indonesia. All ground arrangement include except flight flight. (hotel, trasportation, makan, fee naik feri etc) .https://www.facebook.com/aziman.omar

This our itineraty (banyak kami dapat adjust) sebab pak supir baik. Siap daki ke Gunung Sibayak lagi (tapi kena top up lagi RM50). Tiket agak mahal sebab tinggal 2 minggu sebelum kami rescheduled. Tak lebih 450 la campur insurans, luggage, tax etc. Kami punya trip dapat jimat banyak masa since flight kami lepas subuh.

DAY 1 : 17 Disember 2017


Sampai ke airport Kuala Namu jam 7 pagi waktu tempatan. Selesai ambil lugagge dan imigresen keluar je dah ditunggu oleh Pak Rizal. Kami terus dibawa sarapan ke kedai makan ayam penyet Cindelaras. Sepanjang trip banyak jumpa kedai makan ayam penyet ni. It is about about 15 minute drive from airport. Apa lagi order la jus alpukat. My favourite all the time tapi dekat Malaysia giler mahal. Sarapan ni makan bayar sendiri. 

Selepas makan kami terus bergerak ke Danau Toba. Perjalanan kami hampir 6 jam. Pak Bidai singgah juga di kedai Paten. Kedai Paten jual bermacam jenis kueh dan makanan untuk buah tangan.  Mahal la juga. Selalu convert dengan currency supaya shopping anda berbaloi. Sepanjang perjalanan Pak Bidai bercerita tentang masyarakat di sini. Sebelah Sumatera Utara ni rupanya rakyatnya ramai terdiri daripada kaum batak dengan 5 suku (Toba, Karo, Pakpak, Simalungun, Angkola, dan Mandailing). Jadi sepanjang ke Danau Toba taulah kami majoriti mereka sekarang beragama Kristian. Minoriti sahaja Islam. Kami lihat banyak gereja berbanding masjid. Siap ada papan tanda church lagi sepanjang jalan ke Danau Toba. Kami tiba di Danau Toba sekitar 4 pm. Oleh sebab banyak masa lagi kami terus ke Pulau Samosir. Pulau terbesar di tengah tasik Danau Toba.
Sedapnya nasi ayam penyet dengan jus alpukat
Kedai cenderamata PATEN
Danau Toba atau tasik Toba ialah tasik semula jadi terbesar di indonesia terbentuk secara disebabkan letusan gunung berapi berjuta tahun dahulu. Saya baca di fakta ..Letupan paling besar sekali di dunia sebab bahannya mineral boleh jumpa sehingga di kutub utara. Sebab tu tasiknya seluas mata memandang. Serius kami semua jakun bila baru kereta baru naik  ke  lereng bukit nak ke Danau Toba. Belum lagi sampai. Cantik sangat. 
Sepanjang jalan nak ke Bukit Simarajunjung



Ferry moment. A delighted smile  of us


Nak ke Pulau samosir kami naik feri. Pulau Samosir ini hampir saiznya dengan Singapura tau. Sangat besar. Sebelum feri bergerak dari jeti ada banyak  penjaja yang jual mee segera, kacang rebus. telur atas feri. Jika tidak mahu beli tolak dengan baik. Sampai di Pulau Samosir ada banyak kedai jual kraftangan dan cenderamata. Kalau nak beli keychain di situ lebih murah berbanding di Medan. Kena pandai pilih ye. Mereka memang akan kejar anda habis-habis.

Di Pulau Samosir pertama kami ke istana dan bergambar dengan patung Si Gale-Gale di depan istana. Patung Si Gale-Gale ialah putera raja yang terbunuh semasa perang. Patung diukir bagi mengembirakan raja yang berduka kerana kematian anakanda kesayangan. Seterusnya Pak Bidai bawa kami ke makam Sidabuntar. Sidabuntar raja kaum Batak di situ. Banyak yang dicerita Pak Bidai pasal sejarah. Makam ini bukan di dalam tanah tetapi di atas tanah. Lagi yang menarik seni  kaum Batak banyak menggunakan lambang cicak. Maksudnya orang Batak perlu pandai adaptasi. Payu dara pula maksud ke mana mereka pergi perlu ingat pada ibu, isteri dan tanah air. Selain itu bermaksud subur. Orang Batak percaya anak yang banyak mendatangkan rezeki.

Hampir sejam di Pulau Samosir, kami pun balik ke jeti untuk balik ke tanah besar. Sampai ja terus makan malam di restauran orang muslim di situ. Baru la ke hotel di Parapat. Esok ke Bukit Simarajunjung- Air Terjun Sipiso-piso-Berastagi.


Sigale-gale.Kena pakai selendang bila nak bergambar

Nak bergerak ke si Gale-Gale





Makam Sidabuntar




XOXO.... The Red Rose Notebook




Sunday, December 11, 2016

Orang sarawak buat passport di semenanjung

Assalamualaikum

Hi semua, entry pengalaman buat paspport kali pertama

Selalu kalau prosedur biasa untuk kali pertama membuat passport mudah je tapi bukan untuk orang IC nombor 13 di semenanjung. sobs sobs

Prosedur untuk kali pertama
1. Ambil nombor giliran dan beritahu kali pertama buat paspport
2. Bawa ic dan salinan kad pengenalan
3. Tunggu nombor giliran ke kaunter untuk urusan buat
4. Bayar RM 200 untuk 5 tahun
5. Tunggu serahan passport ( dalam 1 jam tapi dalam 30 minit dah siap)




**Kes mereka yang IC nombor  13 rasa ini termasuk juga  yang lahir di sabah(tak ingat nombor IC Sabah). Jadi  siapa yang buat paspport di semenanjung Malaysia kena  bawa surat beranak asal sekali berserta salinan. Kan sabah urusan imigresen bawah kerajaan negeri.Ini yang pening bila tak selaras**

Apa yang berlaku masa buat passport hari tu mereka minta surat beranak IC nombor 13. Apa entah nak tengok. Alasan nak tengok status menetap parents dan IC MEREKA

Pening dah sampai awal pagi nak balik semula...Huak huak, pegawai kaunter cadang pergi ke JPN tingkat atas, minta cabutan sijil lahir.Okay lega, tak payah balik.
Masa tu buat paspport di Jabatan Imigresen UTC Sentul. Adei bila sampai JPN, diorang kata JPN sini tak boleh keluarkan salinan surat beranak. Sila pergi ke Jalan Duta untuk yang lahir di Sarawak. T_T

Fikir punya fikir, okay balik rumah, nasib dekat ja belum sampai giliran nombor bila sampai UTC semula. Tapi sakit kepala bila naik teksi. Kereta tak bawa sebab konon takut tak sempat nak pusing cari parking yang memang tak banyak.Habis duit kat tambang ja.T_T

Bila buat paspport ni menunggu nak ke kaunter yang lama sebab ramai orang. Jabatan imigresen efisen. Cepat ja urusan. 8.10pagi  tiba di UTC, sampai rumah semula 1.30 petang. Okay la kan. 

Moga bermanfaat.

XOXO
My red book

Sunday, April 24, 2016

RA @ Pembantu Penyelidik

Asssalamualaikum,

Nak kongsi pengalaman tujuh bulan sebagai pembantu penyelidik Julai2014- Feb2015.

Ini based pengalaman
Gaji/ Upah

Ada dua jenis- yang based claim tugas-tugas yang ada buat. Claim terus kepada bawah duit geran projek apa yang kita pegang. Selalu pensyarah ada banyak geran penyelidikan tapi mereka tak ada cash. Jadi kita akan dapat bayaran terus masuk dalam akaun berdasarkan tuntutan kerja.
P/S : Kadang-kadang claim maksimum berapa yang pensyarah nak bayar kita sebulan

Bayaran kedua pula yang ada kontrak . Selalunya dikenali sebagai GRA iaitu pembantu penyelidik yang turut belajar sama ada tengah buat master or PhD. Mereka ada dapat bayaran untuk projek yang mereka bantu sehingga tamat tempoh projek atau kontrak

Tugas

Sepatutnya fokus pada projek penyelidikan pensyarah tula ..ikut la geran apa kita buat tapi tahula pensyarah akan minta kita tolong macam-macam juga. Jadi layankan aja sebab serius beritahu.. benda yang dia suruh tula semua benda baru yang kita belajar. tak kan dapat masa waktu sibuk kuliah dulu.. so selalunya RA ini sebenarnya merangkap PA. Apa-apa hal kadang semua orang cari RA pensyarah dulu.

Untuk jadi RA ini memang kena suka research  walaupun tak suka, Sebab kita akan terlibat dengan pengumpulan data, buat tinjaun literatur, buat laporan. semua ini perlu pemikiran higher order thinking skills. Penat giler kot

Penat ?? Penat tapi enjoy je sebab sepanjang tempoh tujuh bulan . Rasanya tiga kali dapat naik flight p ikut kumpul data padahal bantu sikit-sikit ja .. (kerja sambil berjalan dan makan-makan dapat upah lain juga)
 XOXO

Saturday, January 23, 2016

Aku Pembantu Penyelidik

Assalamualaikum
Yes....

Saya pembantu penyelidik sebelum bergelar pegawai intervensi di PERMATA Kurnia. Next entry ialah pengalaman membantu pensyarah sebelum posting bekerja.. Fuhhh blog ni dah berhabuk. My sharing a lot  di wechatIsyaallah will spend   time to finish

this entry.

 XOXO :)

Friday, February 13, 2015

Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian Pendidikan Khas UKM



Assalamulaikum...

Special post today ialah mengenai  Ijazah sarjanamuda pendidikan dengan kepujian ( pendidikan khas. So apa yang akan korang belajar bila ambil kursus ni di UKM  dan apakah peluang pekerjaannya ...mindset mesti kata cikgu but its beyond than that ...


Ok kalau dalam  ijazah  korang akan dapat ijazah  sarjanamuda pendidikan khas. Merupakan kursus empat tahun sepenuh masa di UKM. So apakah kelayakan untuk mengikuti kursus. Permohonan kursus ini mesti dilakukan di UPU sebelum pengambilan sesi baharu IPTA. Lazimnya bulan 9 la kalau ikut trend yang diikuti sekarang. Ingat lagi mula 2011. Waktu tu heaven giler kami sebab nak naik sesi 2010 ke 2011 tu bila pindahan cuti jadi empat bulan. Selalu dua bulan je  dan ambilan kami ialah enrolmen terakhir la untuk kemasukan Julai sebelum ikut jadual semester di luar negara.

Ok kelayakan ialah diploma, STPM dan matrikulasi. Kalau dulu masa time kami result biasa pun boleh dapat kursus ini tapi entahlah naik junior tahun 2013 rasa result semua yang gempak tak adanya nak jumpa pointer below 3 bila tanya junior.Tapi I tak kisah lah pun sebab sebab result i pun cemerlang masa STPM so nothing big deal. Bagus juga bila mereka ketatkan pengambilan. haha dah merepek keluar cerita lain.. lagi satu kelayakan MUET la band 2 1 pun lepas. sudah tentu calon yang minta kursus ini ada ujian MEDSI dan temuduga. Jadi mesti lepas MEDSI dulu baru boleh   pergi temuduga. 

MEDSI ujian objektif yang boleh mengesan bentuk sahsiah dan personaliti berdasarkan  jawapan yang dipilih. So misal kata soalan tanya pernahkah anda menipu.  Takkan kau nak jawab tidak. Nampak sangat lah ang tu memang penipu ..hehe...Soalan memang tricky la sebab saling berkaitan dengan bahagian depan dah belakang .Jadi please faham apa yang dia tanya. kejujuran tu penting selain konsisten semasa menjawab. 

Ok bila dah masuk kursus ini apa yang korang belajar.Of course la bidang pendidikan khas. Pada tahun pertama pelajar selalu didedahkan dulu mengenai ciri-ciri perkembangan kanak-kanak dulu dan konsep asas dalam bidang-bidang pendidikan khas termasuklah kategori ketidakupayaan iaitu masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. So tahun pertama ni more kepada awareness dan mahu bina minat pelajar lah  sebab most yang masuk bidang ni memang tak ada pengalaman, pengetahuan kesedaran mengenai ketidakupayaan or special needs. 

Masuk tahun kedua pelajar akan mula pilih pengkhususan dan memahami pengkhususan yang dipilih dengan lebih mendalam,  tugasan termasuklah berbentuk amali, pembentangan. Masuk tahun ketiga korang akan mula mengajar ini sebagai latihan awal sebelum  pergi masuk sekolah untuk praktikal tapi kami panggil praktikum. sudah tentu latihan ilmiah pun ada. Iaitu kita belajar macam  mana nak menulis akademik kajian. Ala-ala mini tesis gitu.

Lain-lain tu ada kursus yang wajib fakulti yang ni semua budak pendidikan fakulti pendidikan UKM wajib  pergi kuliah besar. Selalu kuliah besar akan sama-sama la lepas tu berpecah masa tutorial ikut jadual tutorial mana yang kita daftar. Kursus-kursus wajib fakulti termasuklah profession perguruan, asas penyelidikan, kemahiran berfikir, komputer dalam pendidikan dan lain-lain..Bestlah gak sebab time tu la budak kursus-kursus pendidikan sukan dan rekreasi, pendidikan khas, matematik dan sains akan berkumpul. While TESEL pula  akan kuliah diorang sendiri ja sebab depa memang kena fully English. But lah ni kursus pendidikan yang tinggal di  Fakulti UKM  untuk undergrade just  pend khas, sukan dan TESEL sahaja. Kursus sebelum ni macam pendidikan Islam ,  Bahasa Arab dan Al-Quran semua dah di UPSI, IPG. Even matematik dan sains pun tak ada lagi .. But dont worry kalau master pendidikan banyak semua ada dont worry..



Lepas tu tak lupa juga kursus universiti dan sudah tentu kokurikulum. Ada lima kompenen 160 unit sepanjang empat tahun.Ok nanti i share lagi apa yang best apa yang i belajar during 4 year di UKM ni ..Ya Allah cepatnya masa dah habis dah empat tahun dan isnin ni 16.2.2015 akan mula lapor diri di JPM as pembantu intervensi bagi jawatan pegawai pekhidmatan pendidikan gred DG41 di PERMATA Kurnia. Ahamdulillah dipinang awal oleh SPP berbanding masuk sekolah kawan-kawan belum pergi interview lagi walaupun dah middle Feb ni ..Insyallah korang punya time will coming soon .. I pray the best.


XO ...XO The redrose note book






Ok satu post satu gambar






Mak Jemah Ranger ...3 orang dah jadi isteri.. satu dah ibu,jadi isteri..seorang bakal ibu ..seorang dah diikat 2 lagi single mingle haha

Thursday, January 22, 2015

Warna warni Jubah Graduan UKM

Assalamualaikum ,


Yes saya graduan pendidikan khas batch 2010-2014. Tahun konvokesyen yang kali ke 42.Ahamdullilah selesai semuanya pada hari jubah 3.11.2014. Warna oren warna jubah bagi Fakulti Pendidikan UKM. So sesiapa daripada Fakulti Pendidikan yang tamat pengajian akan guna warna ni .. Fakulti lain pun sama ada their own warna jubah.Ok saya nak share warna jubah kebangaan kami. Kalau yang sarjana akan ada sulaman dekat tengkuk tu pada tangan ..Sila google nak share nanti kena marah copy right orang punya.....hah yang ini lah yang membezakan jubah graduan UKM berbanding universiti lain...Ok saya nak kenalkan jubah-jubah kebanggaan kami ni


International Orange / orange ni Fakulti Pendidikan







Okkk Indigo/ unggu tu Fakulti Sains dan Teknologi

Olive Drab or hijau lumut tu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusia

Hitam or onyx yang classic always ialah warna jubah Fakulti Pengajian Islam

hah Candy pink or orang Melayu kata pink belacan tu Fakulti Teknologi Sains Maklumat 

####ni kerja sepanjang empat tahun ni UKM pinjam orang punya jubah pakai ..heeee


tapiiiiii yang tak ada gambar ni actually kami ada 13 warna jubah  termasuklah 13 institut yang berasingan tapi warna jubah ikutlah fakulti bawah mana. ..so can u imagine betapa warna-warni minggu konvokesyen UKM 

ni senarai fakulti UKM 
Fakulti
Fakulti Ekonomi & Pengurusan - warna cornflower atau biru tapi kusam sangat 
Fakulti Farmasi-Ligt sea green or turqouise 
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-ecru ata coklat cair 
Fakulti Pendidikan- 
Fakulti Pengajian Islam 
Fakulti Pergigian----- twighlight lavender maroon like purple 
Fakulti Perubatan-Merah 
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu-Pink comel giler nak-nak tengok budak lelaki yang pakai 
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 
Fakulti Sains & Teknologi 
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat 
Fakulti Undang-Undang - Umber-dark brown 
Graduate School of Business- ni sama dengan fakulti ekonomi dan pengurusan 


Institut 
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) 
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) 
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) 
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) 
Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI) 
Institut Kajian Oksidental (IKON) 
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) 
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) 
Institut Perubahan Iklim (IPI) 
Institut Islam Hadhari 
Institut Sel Fuel 
Institut Kajian Etnik (KITA) 
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) 


so walaupun i punya warna jubah fakulti yang paling shine dan silau mata memandang ,,,,but can u see how fabolous me and the rest 

XOXO.....the redrose note b

Friday, January 9, 2015

Assalamualaikum
Ahamdulillah....


Finally i write...OMG....entahhlah dulu tak nak menulis because i want keep private life just for me and Him only...but i cant denied this google services help me a lot. Dah sampai masanya agaknya untuk share at least something beneficial for others what i been through. Orang tak akan  taip di facebook, twitter, istagram etc sewaktu dengannya tapi blogspot will help a lot.Indeed


Ok lah ..THE LONG WILL  my next entry k. Ini just mukadimmah. Btw  dah 2015..happy new year masihi.huakkk  im already 2*...Masa untuk guna masa muda ini sepenunhya haha...dan kahwin ..soon insyallah  i got big plan ..Doakan..the most important jadi semakin baik hari demi hari.


Ok i will  share everything  for next future event will happen .or i just throwback past event..or apa-apa yang i terfikir .insyaallah ..or something that maybe i will simply want to share ..so kalau ada orang yang google hopefully  will help u ....this is something what   i can offer my help. Haha..lepas ini kena rajin ambil gambar sebab selalu simpan moment in time dalam hati je....

Theredrosenotebook....why is choose this as my blogg address..because my name actually is a red rose...nor malissa ( in persian or parsi) OR name of honey bee  princess in (Greek myth) .cahaya mawar merah atau cahaya puteri...beautiful name right ,,Thanks to abah ...i hurt when i was little because dulu  ada buku maksud nama islam ..waktu tu semua kawan pakat cerita maksud nama mereka....but my name ...?????


Bila dah zaman IT mula mengoogle....i love my name so much ...thanks abah...


Orite ...XOXO ....THE RED ROSE NOTE BOOK ..THE END...